Happy Birthday Ammar

Salam,

Hari ini  (6/11/1990) 20 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi lelaki bernama Ammar Faiz. Itulah anak saya yang ketiga. Diberi nama Ammar (pilihan saya) dan Faiz (pilihan ayahnya) dan digabungkan menjadi Ammar Faiz. Masihku ingat, dalam usia yang agak muda (26 tahun), saya telah mempunyai anak seramai tiga orang. Anakku yang pertama lahir di Alor Setar. Anak yang kedua lahir di Liverpool, UK. Manakala, anak yang ketiga ini iaitu Ammar lahir di Hospital Seremban, N9.
Ammar dan Kak Ngah
Pada penghujung tahun 1992, kami telah berhijrah sementara ke Liverpool, UK kerana mengikuti suami yang sedang menyambungkan pelajaran di sana. Ammar memulakan persekolahannya di St. Silas School, Liverpool. Setelah berada disana selama empat tahun, kami pulang ke Malaysia dan menetap di Bandar Baru Bangi. Ammar meneruskan persekolahan dalam darjah 1 di SRK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Kemudian menyambungkan pelajaran di SMK Jalan 3 sehingga tingkatan 3. Selepas PMR, Ammar berpindah ke MRSM Jasin. Dengan keputusan SPM yang cemerlang, anakku Ammar mendapat tawaran ke Program IB di Kolej Mara Banting selama dua tahun dengan tajaan MARA. Alhamdulillah, kini anakku Ammar Faiz sedang mengikuti kursus perubatan di Cork Univerisity College, Ireland. Pada hari ini...dihari lahirnya, dia sedang mengikuti pertandingan yang dipanggil Nottingham Game, di Notingham, UK. Dia sangat suka main futsal.
Happy Birthday Ammar. Ibu doakan semoga Allah, memberkati usia Ammar dengan ibadah yang soleh.

Comments

Popular posts from this blog

Nostalgia Alam Persekolahanku

The Othman's: 28 Tahun Melayari Bahtera Mawaddah