Posts

Showing posts from 2010

Explorace Kenduri Kahwin

Image
Salam....
26 hb Dis 2011...banyaknya kenduri kahwin pada tarikh ini. Kami sekeluarga mendapat lapan jemputan. Cuba anda bayangkan bagaimana kami cuba memenuhi jemputan tersebut. Memenuhi jemputan perkahwinan ni... wajib hukumnya..Seboleh mungkin kami sekeluarga akan memenuhi semua jemputan yang diterima. Kalau kami tak dapat pergi, kami akan memberitahu tuan rumah awal-awal supaya senang mereka membuat perancangan tentang makanan.
Tetapi semalam, kami menerima lapan jemputan. Sememangnya kami bercadang untuk pergi ke semua jemputan tersebut kerana setiap satu jemputan mempunyai sebab tersendiri kenapa kami tidak boleh tak pergi. Contohnya jemputan dari saudara, jemputan dari sahabat yang datang menjemput sendiri dengan tangan, ada sahabat yang menghantar dengan pos dan lain-lain. Pendek cerita..semua jemputan tersebut mengharapkan supaya kita pergi ke walimah mereka.
Jadi bagaimana Explorace ini bermula. Dua daripada jemputan tersebut datangnya dari kawasan Ampang. Jadi, kami mulakan …

500 BLOG !

Image
Salam, saya teruja untuk menyertai pertandingan mencari harta karun dalam blog anjuran ben ashaari.com.
Pencarian Harta Karun di Blog...tak sabar nak tahu bagaimana acara ini dijalankan.
Sebenarnya saya mula berblog ni sejak 2005 lagi. tapi berapa aktif..macam-macam blog dah dibuat..tapi selalunya blog tu tak hidup. Mungkin sebab masa tu tengah belajar jadi tak de masa kot...Mungkin sebab persaingan dengan Facebook...rasa macam FB lagi best sebab dapat feedback on the spot. Dapat nampak siapa kawan kita..dan macam-macam sebab lagi....
Bila dah lama berFB, kawan pun dah ramai..rasa macam tak seronok pula FB tu..Baru dua tiga bulan ni rasa nak hidupkan semula blog saya..jadi saya pun mulakan blog ni bertujuan untuk menyatakan sesuatu pandangan tentang sesuatu peristiwa yang dapat menjadi ikhtibar kepada diri ini dan juga pembacanya (kalau ada yang baca). Juga saya berblog supaya dapat memantapkan gaya penulisan saya yang semakin pupus kerana tidak menulis.
Saya berharap dengan menyerta…

Life Is Like A Cup of Coffee - Inspirational Video Movie

Image

Teacher Training: Technology savvy teachers

Image
Teacher Training: Technology savvy teachers
2010/12/11

suzie@nst.com.my
Five educators relate how Malaysian teachers have benefited from the Intel Teach Programme, which celebrates a decade of innovative teaching practices this year, writes SUZIEANA UDA NAGU THERE was a time when typing out essays on a word processor passed as “integration of technology into the teaching of language”.

English language lecturer Jayanti S Sothinathan recalls this as being a dilemma which English teachers faced a decade ago.

“They did not know what language skills they could teach using a computer. (So) they taught students how to type out essays on Microsoft Word and ask them to hand these in as assignments,” says the teacher trainer from Education Ministry’s English Language Teaching Centre in Kuala Lumpur.
Teacher trainers, on the other hand, were at a loss to explore creative ways to encourage teachers to use multimedia in the classroom back then.

Four years ago, Jayanti discovered new ways o…

Tahun Baru Hijrah

Image
Disember datang lagi....Sungguh cepat masa berlalu. Disember muncul dengan seribu kenangan yang akan dibawa pergi menuju tahun yang baru. Disember ini juga datang bersama tahun baru hijrah. Sudahkah kita muhasabah diri melihat kebelakang apakah yang telah kita lakukan setahun yang lalu. Bagaimanakah iman kita? Adakah ia meningkat atau masih ditahap itu? Bagaimanakah amal kita setahun yang lalu? Tahun Baru hijrah menuntut supaya kita dapat membuat penilaian kendiri agar tahun yang mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya.Ingatlah peristiwa hijrah Rasulullah demi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Ayuh...mari kita tekatkan azam dan semangat untuk sama-sama berjuang demi Islam. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh..."

Changing Education Paradigms

Image

Ibadah Korban: Manisfestasi Kecintaan Total

Image
Mulai 10 hb Zuhijjah umat Islam diseluruh pelusok dunia mengadakan ibadah korban. Inilah manifestasi penyerahan diri kepada Allah bagi meraih keislaman yang total dengan mencintai Yang Maha Esa tanpa berbelah bagi. Peristiwa korban ini adalah rentetan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail. Demi kecintaan total kepada Allah, nabi Ibrahim patuh kepada perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri sebagaimana yang diceritakan dalam Surah Ash-Shaffaat ayat 102-107. 
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!. Ia menjawab: Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk dalam orang-orang yang sabar".
"Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya"
"Dan kami panggillah dia: "Hai…

Nostalgia Menasik Haji...

Image
Hari ini 10 Zulhijjah.Hari raya korban di Malaysia. Tetapi, kalau kita mendengar berita di TV, jemaah haji sedang melontar di Mina. Kita menyambut hari raya sehari lewat daripada Mekah. Untuk melihat mengapa terdapat perbezaan masa antara wukuf dan raya di negara kita bolehlah membacanya disini. Haji merupakan salah satu rukun Islam yang kelima.Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah: ayat 196 yang bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah”Dan juga dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam”.
Melihat jutaan manusia berwukuf di Arafah mengembalikan nostalgia ibadat haji saya enam tahun yang lalu. Pada tahun 2004, alhamdulillah, saya dapat menunaikan ibadat haji bersama suami, ibu dan bapa mertua saya. Alhamdulillah, ibadat haji dapat ditunaikan dengan sempurna dengan…

Nostalgia Alam Persekolahanku

Salam,

Inilah penceritaan digital alam persekolahan saya semasa di TI. Penceritaan ini dihasilkan oleh sahabat saya Prof. Madya Check Derasid dan dipersembahkan semasa Reunion pada 7/11/2010 di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Kenangan lalu  mengusik jiwa.
Wahai rakan-rakanku..dimana anda jua anda berada....kenang daku dalam doamu.

Reunion SM Teknik Ipoh, Class of 81

Image
Salam,
Hari ini dalam sejarah...setelah hampir 30 puluh tahun berpisah...kami berjumpa semula dalam satu pertemuan yang dirancang rapi di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Lebih kurang 20 orang hadir pada perjumpaa petang tadi. Kebanyakan teman wanita yang datang adalah dari kelas Commerce iaitu Madihah, Zainon, Fariha, Manis, Sima dan Anizah dari kelas Building. Manakala kumpulan lelaki pula, ramai dari kelas Mekanikal. ALhamdulillah, semasa sesi taaruf..ramai sahabat-sahabat saya telah berjaya dalam hidup masing-masing.
Semuga pertemuan ini akan mengeratkan semula tali silaturrahim yang telah terputus sekian lama..

Happy Birthday Ammar

Image
Salam,

Hari ini  (6/11/1990) 20 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi lelaki bernama Ammar Faiz. Itulah anak saya yang ketiga. Diberi nama Ammar (pilihan saya) dan Faiz (pilihan ayahnya) dan digabungkan menjadi Ammar Faiz. Masihku ingat, dalam usia yang agak muda (26 tahun), saya telah mempunyai anak seramai tiga orang. Anakku yang pertama lahir di Alor Setar. Anak yang kedua lahir di Liverpool, UK. Manakala, anak yang ketiga ini iaitu Ammar lahir di Hospital Seremban, N9.
Pada penghujung tahun 1992, kami telah berhijrah sementara ke Liverpool, UK kerana mengikuti suami yang sedang menyambungkan pelajaran di sana. Ammar memulakan persekolahannya di St. Silas School, Liverpool. Setelah berada disana selama empat tahun, kami pulang ke Malaysia dan menetap di Bandar Baru Bangi. Ammar meneruskan persekolahan dalam darjah 1 di SRK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Kemudian menyambungkan pelajaran di SMK Jalan 3 sehingga tingkatan 3. Selepas PMR, Ammar berpindah ke MRSM Jasin. Dengan keputusan…

GA Nurazzah Mana Pulak NI...

Salam,
 Sebenarnya umur blog BushroLimuna  ni belum sampai sehari pun lagi. Sebenarnya ini bukanlah blog saya yang pertama. Tapi sebab blog saya yang lain tu jarang dikemaskini, saya mengambil keputusan untuk membuat blog yang baru dengan semangat yang baharu.
Beberapa hari lepas terjumpa iklan diatas dalam FB Nurazah....Jadi, saya pun lawatilah blog Nurazzah8 ni. Sebenarnya, saya selalu jugak  menjenguk blog Nurazzah ni....masa tu saya tak kenal siapa Nurazah ni kerana gambar yang diletakkannya tu terlalu kecil. FBlah yang menemukan saya dengan Nurazah  dan rakan-rakannya seuniversiti dulu. Rupanya kami telah lama berkenalan...bukan di bumi Malaysia...dimana ya Nurazah....cuba cerita sikit...sekiranya anda membaca blog saya ni.

Terdapat beberapa syarat untuk menyertai GA Nurazzah, iaitu:

(i) sesiapa sahaja boleh masuk GA ni, tapi first jadilah follower blog :

Syarat ini telah saya penuhi dengan menjadi follower kepada blognya. Sebenarnya, saya tidak pernah menjadi follower kepada mana-…

BushroLimuna: Blog Berita Gembira

Salam,

BushroLimuna Blog Berita Gembira

Kenapa saya namakan blog ini begini? Tentu ramai yang ingin tahu kan.
 Saya pernah ceritakan perkara ini dalam blog saya yang lain...tapi jarang dikemas kini. Jadi, saya ceritakan sekali lagi disini. Sebenarnya BushroLimuna adalah nama timangan yang selalu dipanggil oleh mak saudara saya semasa saya kecil. Berita gembira pula adalah makna nama saya iaitu Berita Gembira yang terdapat dalam Al Quran. Harapan saya agar blog ini akan sentiasa memberi berita gembira kepada pembacanya.

BushroLimuna - Hari ini dalam sejarah

Assalamulaikum,

Hari ini 5 hb November 2010 merupakan hari lahir blog saya yang keempat.
Saya akan sentiasa mengemaskini blog ini yang akan menjadi diari dalam kehidupan saya.
Blog ini bertujuan untuk menjadi tempat saya menyampaikan perasaan, hajat dan nasihat kepada diri saya, anak-anak dan pelawat ke blog saya.
Selamat membaca.