9 September 1985 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya. Tarikh inilah saya diijab kabul dengan suami tercinta Othman bin A-Karim di sebuah tanah asing bernama Toledo Ohio. Benarlah firman Allah dalam surah Ar Rum ayat 21 yang bermaksud “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. Perjalanan bahtera kami selama 27 tahun ini telah melahirkan tiga orang putra dan 2 orang puteri secara “berselang bunga”. Pada 25 September 1986, anak sulung lelaki yang dinamakan Anas dilahirkan. Nama ini dipilih sempena nama sahabat Rasulullah, Anas ibn Malik. Anas dilahirkan di Alor Setar, Kedah ti
Comments
Post a Comment