Monday, December 27, 2010

Explorace Kenduri Kahwin

Buah tangan yang diterima
Salam....
26 hb Dis 2011...banyaknya kenduri kahwin pada tarikh ini. Kami sekeluarga mendapat lapan jemputan. Cuba anda bayangkan bagaimana kami cuba memenuhi jemputan tersebut. Memenuhi jemputan perkahwinan ni... wajib hukumnya..Seboleh mungkin kami sekeluarga akan memenuhi semua jemputan yang diterima. Kalau kami tak dapat pergi, kami akan memberitahu tuan rumah awal-awal supaya senang mereka membuat perancangan tentang makanan.
Tetapi semalam, kami menerima lapan jemputan. Sememangnya kami bercadang untuk pergi ke semua jemputan tersebut kerana setiap satu jemputan mempunyai sebab tersendiri kenapa kami tidak boleh tak pergi. Contohnya jemputan dari saudara, jemputan dari sahabat yang datang menjemput sendiri dengan tangan, ada sahabat yang menghantar dengan pos dan lain-lain. Pendek cerita..semua jemputan tersebut mengharapkan supaya kita pergi ke walimah mereka.
Jadi bagaimana Explorace ini bermula. Dua daripada jemputan tersebut datangnya dari kawasan Ampang. Jadi, kami mulakan dengan bertolak seawal jam 10.30 pagi ke Ampang melalui MRR2. Al maklum la, jem di MRR2. Sampai di Taman Melati 11.45 am...Oleh kerana ini rumah saudara...sampai awal tidak menjadi masalah kepada pihak tuan rumah. Jadi orang pangkal..kata orang N9. Jadi, dapatlah kami bersama keluarga di situ selama 45 minit. Kat sini..makan kenyang juga..sebab perut tengah lapar.
Tepat 12.30, kami bertolak ke UTM Jalan Semarak..tak jauh dari situ. Ketika sampai..pengantin juga sampai..sedang eloklah katakan..Tetamu pun mula ramai..jadi tidak perlu berlama-lama ...jam 1.00 pm kita minta diri untuk ke rumah seterusnya. Disini, kita meratah lauk dan sayur sahaja. Alhamdulillah, jalan tidak begitu sibuk, kami balik ikut Smart Tunnel, keluar di Sg Besi ke Taman Serdang Raya.Sampai di sini..tetamu telah mula ramai. Pengantin pun hampir tiba...Selain nasi, ada juga disediakan bihun/mee sup dan pecal. Jadi, saya dan anak memilih untuk makan bihun sup dan pecal sahaja. Sedap. Pengantin lelaki dari Amerika. Jadi, kami berpeluang melihat pengantin mat saleh ni..dan bila mereka bergerak masuk ke dewan , kami pun beredar ke masjid UNITEN pula. Dalam explorace ni..dari rumah no2, 3, dan 4 ini, kami sering bertemu dengan rakan-rakan yang sama. Kebetulan ketiga-tiga kenduri ini adalah sahabat lama kami. Jadi, para jemputan lebih kurang sama. Di masjid UNITEN, kebetulan pengantin lelaki sebaya dengan anak sulung saya, kami disambut oleh kedua-dua mempelai. Disini..kami makan desert sahaja. Oleh kerana, ada 4 lagi majlis yang hendak dituju, dan belum solat, kami singgah sebentar di rumah untuk solat dan mengambil seorang lagi anak saya yang tinggal dirumah.
Selepas solat, lebih kurang jam 3.00 kami meneruskan explorace ke Bandar Baru Bangi, UKM, Bangi Lama dan akhir sekali ke Dewan Sri Endon (Puspanita). Oleh kerana majlis di PJ tamat jam 5, kami sempat tiba di sana jam 4.45. Di ke4 kenduri yang berikutnya ni..kami makan nasi sikit-sikit je..bila ada lauk yang lain daripada yang lain ..kami makan nasi..misalnya di BBB ada nasi ayam dan ikan keli goreng, di Bangi Lama ada sayur tempe di PJ ada salad dan ayam goreng. Alhamdulillah, kenyang....malam tak perlu makan lagi.
Alhamdulillah, kesemua lapan kenduri dapat kami hadiri semalam. Bak kata seorang teman semalam yang dijumpai di UKM, "You all muda..bolehlah kejar semua...kami dah tua..kena pilih..tak leh gi semua".
Bayangkan berapa banyak cenderamata kami dapat semalam, yang ada digambar tu untuk satu orang, kami pergi bertiga.4 kenduri pertama dan berempat pada 4 kenduri lagi.
Saya doakan semoga semua majlis tersebut diberkati Allah dan kesemua mempelai menjadi keluarga soleh wa musleh.
Amin

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG !


Salam, saya teruja untuk menyertai pertandingan mencari harta karun dalam blog anjuran ben ashaari.com.
Pencarian Harta Karun di Blog...tak sabar nak tahu bagaimana acara ini dijalankan.
Sebenarnya saya mula berblog ni sejak 2005 lagi. tapi berapa aktif..macam-macam blog dah dibuat..tapi selalunya blog tu tak hidup. Mungkin sebab masa tu tengah belajar jadi tak de masa kot...Mungkin sebab persaingan dengan Facebook...rasa macam FB lagi best sebab dapat feedback on the spot. Dapat nampak siapa kawan kita..dan macam-macam sebab lagi....
Bila dah lama berFB, kawan pun dah ramai..rasa macam tak seronok pula FB tu..Baru dua tiga bulan ni rasa nak hidupkan semula blog saya..jadi saya pun mulakan blog ni bertujuan untuk menyatakan sesuatu pandangan tentang sesuatu peristiwa yang dapat menjadi ikhtibar kepada diri ini dan juga pembacanya (kalau ada yang baca). Juga saya berblog supaya dapat memantapkan gaya penulisan saya yang semakin pupus kerana tidak menulis.
Saya berharap dengan menyertai pertandingan ini, saya dapat bertemu dengan rami lagi kenalan baharu secara maya.
Salam perkenalan En Ben dan rakan blogger.
BushroLimuna

Thursday, December 23, 2010

Life Is Like A Cup of Coffee - Inspirational Video Movie

Saturday, December 18, 2010

Teacher Training: Technology savvy teachers

 Teacher Training: Technology savvy teachers
2010/12/11

suzie@nst.com.my
(From left) Liew Tho Lip, Jayanti S Sothinathan, Ooi Say Tin, Chua Lay Siok, Bushro Ali and Hasnan Hakim


Five educators relate how Malaysian teachers have benefited from the Intel Teach Programme, which celebrates a decade of innovative teaching practices this year, writes SUZIEANA UDA NAGU THERE was a time when typing out essays on a word processor passed as “integration of technology into the teaching of language”.

English language lecturer Jayanti S Sothinathan recalls this as being a dilemma which English teachers faced a decade ago.

“They did not know what language skills they could teach using a computer. (So) they taught students how to type out essays on Microsoft Word and ask them to hand these in as assignments,” says the teacher trainer from Education Ministry’s English Language Teaching Centre in Kuala Lumpur.
Teacher trainers, on the other hand, were at a loss to explore creative ways to encourage teachers to use multimedia in the classroom back then.

Four years ago, Jayanti discovered new ways of teaching English through Intel Teach Programme, which focuses on training teachers — using project-based learning model — to effectively integrate technology into the classroom.

Being an Intel Teach trainer has been an enriching experience for Jayanti who says the programme has given her “the choice of how to teach and learn” and opened up opportunities to present papers — on how it has helped teachers and students become technology savvy and effective learners — at conferences.
Jayanti is one of more than 70,000 Malaysian teachers who have undergone the Intel Teach which celebrates its 10th anniversary this year.

Over eight million pre-service and in-service teachers in more than 60 nations have received the training.

Senior lecturer Chua Lay Siok from Institute of Teacher Education Bahasa Melayu campus says the programme, formerly known as Intel Teach to the Future, also seeks to arm students with “21st century skills such as technology and digital literacy, effective communication, critical thinking, problem-solving and collaboration to prepare them for the knowledge economy”.
Ultimately, it aims to transform classrooms into an enquiry-based environment that fosters peer learning among teachers and students.

As far as lecturer Ooi Say Tin — an Intel Teach trainer since 2000 — is concerned, the programme has gone from strength to strength.

“Initially, the skills that were taught to teachers were basic, such as how to create Powerpoint presentations and upload them to websites,” says Ooi, who teaches at the Institute of Teacher Education, International Languages campus.

Technological advances mean that the Intel Teach syllabi change over time and have since incorporated the latest web tool technology such as webinar and blogs.

“Technology has changed the way people learn. So teachers should also keep abreast of the development of technology and incorporate it into their lessons,” she adds.


Read more: Teacher Training: Technology savvy teachers http://www.nst.com.my/nst/articles/TeacherTraining_Technologysavvyteachers/Article#ixzz18RLiejSw

Saturday, December 4, 2010

Tahun Baru Hijrah

Disember datang lagi....Sungguh cepat masa berlalu. Disember muncul dengan seribu kenangan yang akan dibawa pergi menuju tahun yang baru. Disember ini juga datang bersama tahun baru hijrah. Sudahkah kita muhasabah diri melihat kebelakang apakah yang telah kita lakukan setahun yang lalu. Bagaimanakah iman kita? Adakah ia meningkat atau masih ditahap itu? Bagaimanakah amal kita setahun yang lalu? Tahun Baru hijrah menuntut supaya kita dapat membuat penilaian kendiri agar tahun yang mendatang lebih baik dari tahun sebelumnya.Ingatlah peristiwa hijrah Rasulullah demi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Ayuh...mari kita tekatkan azam dan semangat untuk sama-sama berjuang demi Islam.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh..."