Friday, August 26, 2016

Assalamualaikum 2016

Salam Hari ni terpanggil untuk update blog ni sebab nak beri kursus kepada kawan-kawan cara buat blog. Lama dah tak update blog ni sejak ada facebook dan wsap. Semoga ada yang mendapat manfaat dalam kursus esok. Cheers.

Sunday, September 9, 2012

The Othman's: 28 Tahun Melayari Bahtera Mawaddah

Salam,
"Untie....macam mana untie buat....tengok anak-anak semua macam ni...berjaya semua.." komen salah sorang kawan anak saya di Sydney semasa saya melawat mereka dua tahun lepas. "Boleh tak cerita...apa you buat, I tengok anak-anak you semua hebat" komen rakan saya minggu lepas. Saya tidak tahu bagaimana nak menjawab apabila persoalan diatas diajukan kepada saya. Banyak lagi pertanyaan yang seumpanya ditanya kepada saya...What have I done to my children? Sedar tak sedar hari ini....sudah 28 tahun bahtera ini dilayari. Hari ini 9/9/2012 genap 28 pelayaran bahtera mawaddah ini. 28 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Pelbagai pengalaman pahit manis dilalui dengan penuh tabah. Dibajai dengan keimanan yang sentiasa dibelai supaya tidak goyah dengan hasutan duniawi.
Saya cuba muhasabah diri...sebagai ibu bapa kepada lima orang anak...apakah yang telah kami buat..sehingga timbul pertanyaan begitu. Saya takut...apabila orang kata.."bestnya tengok you, anak-anak you semua berjaya, semua dapat pergi oversea". Dalam hati saya berkata.."Saya nak anak-anak saya berjaya dunia dan akhirat".."saya nak biarlah anak-anak ini adalah anak soleh yang akan sentiasa mendoakan kesejahtera kedua ibu bapanya"...Saya nak anak-anak ini adalah anak-anak yang sentiasa menjaga batas-batas hukum syarak". Alhamdulillah..sehingga hari ini...anak-anak ini Anas, Hanan, Ammar, Aliya dan Arif adalah anak-anak soleh yang sentiasa patuh kepada kedua ibu bapanya. Tidak pernah mereka menengking kepada kami. Jika dimarah..mereka hanya akan diam sahaja tanpa melawan walau pun mereka tahu mereka dipihak yang benar. Mereka sentiasa patuh kepada kehendak saya walau pun saya tahu ada perkara-perkara yang mereka tak suka. Kadang kala apabila mereka hendakkan sesuatu mereka akan diam sahaja apabila saya tidak benarkan..mereka tidak menengking atau memberontak seperti sesetengah budak lain. So...what have we done to them? "anak orang lain pun berjaya jugak" kata saya kepada mereka. Bila saya imbas kembali...27 tahun yang lepas apa yang telah kami lakukan.Masa terlalu pantas berlalu.Dengan kesibukan kerjaya..sedar-sedar anak-anak dah besar...dah masuk U...dah kerja...dah kawin...dah ada cucu.
"Dr dan suami nampak muda sangat...tapi dah ada cucu" ...ini komen salah orang anak murid saya dalam satu majlis hari raya minggu lepas. " Nampak macam dua beradik je" komen jiran saya apabila berjalan dengan anak perempuan saya. " Ni anak sulung ke?" Apabila saya berjalan dengan anak saya yang keempat. Perasan muda sekejap bila dengan komen begini.
Disini saya cuba nak ingat kembali apakah perkara-perkara yang kami telah lakukan kepada mereka sehingga ada orang perasan perkara ini...saya pun tak perasan. Pertama tentang komen..anak-anak you semua belajar oversea...fully sponsored...alhamdulillah. Apa yang saya buat...Saya dulu pun belajar oversea...jadi saya nak anak-anak saya pun belajar kat oversea. Sebab peluang tu tak semua orang dapat. Anak-anak saya juga telah berpeluang belajar di Liverpool semasa bersekolah rendah. Jadi.apabila balik kesini...saya selalu cakap..kalau nak belajar oversea kena dapat result terbaik, baru boleh pergi oversea. Ibu tak mampu nak hantar belajar kat oversea. Kalau nak dapat biasiswa, mestilah ada ..koko...etc...mesti jadi yang terbaik. Jadi alhamdulillah ..mereka menjadi seperti yang saya impikan. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu...apa yang saya buat?? setiap hari pergi kerja, balik kerja...rasa macam tak buat apa pun...
1. Satu perkara yang saya ingat....perkara yang tidak pernah saya lupa buat ialah doa untuk anak-anak dikala orang lain sedang tidur...sepertiga malam. Hingga saat ini saya tidak pernah jemu. Dalam doa itu..setiap nama anak disebut. 2. Sebagai ibu bapa saya dan suami sentiasa ingat untuk memberi rezeki yang halal 100% kepada anak-anak. Untuk memastikan gaji yang kami dapat tu halal...kami sentiasa gunakan waktu kerja 8-5 sepenuhnya. Tidak boleh curi tulang. Malah, selalu membuat kerja dengan sebaik mungkin tanpa mengira balasan. 3. Suka membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Ini banyak dilakukan semasa kami berada di luar negara. Semasa disini pula..kita tidak suka bermusuh dengan orang. 4. Membawa anak-anak ke dalam majlis ilmu.. sentiasa menjaga biah yang solehah. 5. Satu lagi perkara yang tidak pernah kami tinggalkan...10 hari terakhir ramadhan...anak-anak ini akan dibawa untuk beriktikaf dimasjid samada malam ganjil atau keseluruhan 10 malam terakhir itu... bermalam di masjid UKM. Saya masih ingat dulu masa mereka masih kecil..sampai masjid terus tidur. 6. Makan makanan yang dimasak sendiri. 7. Mengajar Al Quran sendiri. 8. Mengajar ABC sendiri. 9. Solat berjemaah di rumah. 10.apa lagi yer... Saya cuba untuk menyenaraikan apakah yang telah kami lakukan kepada anak-anak ini untuk menjadi panduan kepada orang lain pula..kepada anak cucu saya. Tapi..hati saya berfikir..sempatkah saya melihat kejayaan semua anak-anak saya? Berjaya didunia...diakhirat juga saya nak mereka berjaya. Ya Allah..ampunkan hambamu ini. "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. Surah Al-Furqan (ayat 74).

Sunday, January 1, 2012

2012 Tahun Baharu

Assalam,

Tahun 2012 muncul. Berakhir sudah 2011. Ditinggalkan dengan seribu satu macam kenangan. Yang pasti hidup perlu diteruskan. Seharusnya selepas membuat refleksi kendiri, tahun 2012 sepatutnya menjadi lebih baik daripada semalam. Tekadkan azam untuk meningkatkan iman dan amal. Jagalah amanah Allah.

Monday, December 19, 2011

www.this-is-my-story.com/v/1EQ49651X9N0

www.this-is-my-story.com/v/1EQ49651X9N0

Friday, November 25, 2011

CAT di Perth

Salam,

Hampir dua minggu saya berada di Perth. Banyak perkara menarik dapat dilihat disini. Saya banyak menaiki pengangkutan awam disini. Semasa menaiki train dan bus, saya sangat tertarik dengan papan tanda didalamnya. Begitu juga dengan perhidmatan bas yang disediakan disini. Saya suka naik bas CAT. Pada mulanya puas saya memikirkan kenapa CAT....dan gambar logonya ialah big cat. Sehinggalah anak saya ternampak perkataan Central Area Transit kat hujung bas tersebut. Bas CAT ni ada tiga jenis

Yellow CAT, Blue CAT dan Red CAT. Ketiga-tiga jenis bas ini melalui kawasan yang berbeza dalam bandar ini. Saya telah menaiki semua jenis bas tersebut. Oleh kerana hotel yang kami tinggal betul-betul dalam bandar Perth, agak senang untuk saya menaiki bas ini. Terutamanya kalau nak ke Habour Town.Perkhidmatannya percuma. Kalaulah Malaysia boleh buat sistem seperti ini...tentu kurang jem di KL.
Sekian...Salam from Perth.

Sunday, October 23, 2011

27 Tahun Bahtera Mawardah wa Rahmah



9 September 1985 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya. Tarikh inilah saya diijab kabul dengan suami tercinta Othman bin A-Karim di sebuah tanah asing bernama Toledo Ohio. Benarlah firman Allah dalam surah Ar Rum ayat 21 yang bermaksud “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.
Perjalanan bahtera kami selama 27 tahun ini telah melahirkan tiga orang putra dan 2 orang puteri secara “berselang bunga”. Pada 25 September 1986, anak sulung lelaki yang dinamakan Anas dilahirkan. Nama ini dipilih sempena nama sahabat Rasulullah, Anas ibn Malik. Anas dilahirkan di Alor Setar, Kedah tiga bulan selepas kami balik dari Toledo. Pada ketika ini jugalah, ayahnya mendapat tawaran pekerjaan sebagai Tutor di UKM. Dua tahun kemudian, pada 1 April 1988, lahir pula seorang puteri yang dinamakan Hanan bermaksud kesayanganku. Hanan dilahirkan di negara asing bernama Liverpool, England ketika ayahandanya sedang membuat ijazah sarjana. Dua tahun kemudian, pada 6 November 1990, seorang putera lagi dilahirkan yang dinamakan Ammar Faiz sempena nama sahabat Rasullullah iaitu Ammar Ibn Yasir. Nama Ammar digabungkan dengan nama Faiz kerana pada ketika itu ayahnya berminat dengan nama Faiz yang bermaksud Berjaya. Ammar dilahirkan di Hospital Seremban, Negeri Sembilan. Empat tahun berlalu, pada 25 September 1994, lahir pula seorang lagi puteri juga dibumi Liverpool, England dan puteri ini kami namakan Aliya Fatin. Aliya dilahirkan ketika ayahnya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Selama empat tahun anak-anak ini membesar dan bersekolah di St. Silas School, dibumi Liverpool.
Pada tahun 1996, kami kembali ke Malaysia meneruskan kehidupan di bumi tercinta. Kami menetap di Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Semua anak-anak bersekolah disini. Empat tahun kemudian, pada 14 Julai 2000, kami dianugerahkan seorang lagi putera bongsu yang dinamakan Arif Fikri. Anakda Arif dilahirkan di Hospital UKM. Maka, membesarlah anak-anak ini di Bandar Baru Bangi. Anas bersekolah di SK Jalan Tiga dan SMK Jalan Tiga sehingga Tingkatan Tiga. Kemudian meneruskan pelajaran di Tingkatan Empat dan Lima di SM Sultan Abdul Halim, Jitra (Jenan). Selepas tamat SPM, Anas melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Vanderbilt University, Nashville, Tennessee, USA. Sekembalinya dari USA, Anas bekerja di Syarikat Texas Instrument selama 6 bulan sebelum berpindah kerja ke Shell, Miri sehingga kini.
Hanan pula memulakan persekolahan di SK Jalan Tiga. Kemudian menyambung pelajaran di SM Sains Kuala Selangor. Selepas SPM, Hanan dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Geosains di Monash University, Melbourne, Australia. Kini, Hanan bekerja sebagai Geosaintis di Petronas Carigali, KLCC. Ammar pula belajar di SK dan SMK Jalan Tiga sehingga tingkatan tiga. Kemudian, menyambungkan pelajaran ke MRSM, Jasin, Melaka. Selepas SPM, Ammar ditawarkan membuat Program IB di Kolej Mara Banting. Kini Ammar sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cork, Ireland. Anak yang ke empat Aliya pula bersekolah di SK dan SMK Jalan Empat sehingga tingkatan 3. Kini, Aliya sedang belajar di MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. Anak yang bongsu, yakni Arif bersekolah di SK Jalan Tiga dalam darjah lima.
Bahtera kami diserikan dengan kedatangan menantu pada bulan Jun 2009. Kami menerima kedatangan menantu Azreena binti Ahmad Shukri dengan penuh kesyukuran. Hasil perkahwinan ini, tanggal 10 Disember 2011, kami dianugerahkan cucu lelaki yang dinamakan Adam Al-Fateh. Maka, lengkaplah perjalanan bahtera kami selama 25 tahun dengan penuh kasih sayang dan rahmah.
Ya Allah, Ya Rahim, kurniakan keimanan dan kesabaran kepada kami dalam melayari bahtera ini. Kurniakanlah ketakwaan dan kesyukuran kepada keluarga kami dalam menerima nikmatmu. Kurniakanlah keredhaan dan keinsafan kepada kami dalam beribadat kepadaMu. Kurniakanlah ketabahan dan kecekalan kepada kami supaya menjadi hamba yang berjaya di dunia dan akhirat.
Amin.

Sunday, June 19, 2011

Cuti Oh Cuti

Salam,


Sudah lama saya tak update blog ni....Bukan tak ingat ..selalu ingat nak update tapi ....susah nak tulis alasan disini sebab banyak sangat alasan kalau nak ditulis.
Anyway..untuk kali saya akan menceritakan tentang cuti. Sebagai pensyarah di IPG, cuti kami adalah seperti cuti sekolah. Cuma, pada cuti semester kedua kami diberi tambahan 1 minggu lagi cuti tambahan. Ini bermakna kami mendapat 3 minggu cuti pada semester ini.
Sedihnya..saya belum lagi mendapat cuti yang sebenarnya. Kenapa? Pada minggu pertama cuti, saya masih sebok menyiapkan kerja-kerja seperti menanda kertas peperiksaan dan mengajar KDC. Pada minggu kedua pula, saya dikehendaki menghadiri Bengkel selama 4 hari di Hotel Summit USJ. Manakala, pada minggu ketiga pula saya dikehendaki menghadiri satu lagi bengkel yang lain di Hotel Empress, Sepang. Minggu hadapan semester baharu bermula. Selain daripada menguruskan pendaftaran pelajar baharu, saya juga dikehendaki menghadiri satu lagi mensyuarat di MElaka dan Pulau Pinang.
Cuti semester selama tiga minggu berlalu tanpa cuti. Namun, saya merasa sangat gembira pada cuti kali kerana walaupun kami tidak pergi kemana-mana, tapi saya dapat menghabiskan masa bersama anak-anak dan cucu yang pulang bercuti. Selain itu, niat saya untuk mengemas rumah (setor) menjadi kenyataan dengan bantuan anak sulung saya ANas dan anak bongsu Arif juga Aliya.
Saya mengharapkan Allah memberikan saya kekuatan untuk meneruskan kerja dengan cemerlang dalam semester yang baharu ini.