GA Nurazzah Mana Pulak NI...

Salam,
 Sebenarnya umur blog BushroLimuna  ni belum sampai sehari pun lagi. Sebenarnya ini bukanlah blog saya yang pertama. Tapi sebab blog saya yang lain tu jarang dikemaskini, saya mengambil keputusan untuk membuat blog yang baru dengan semangat yang baharu.
Beberapa hari lepas terjumpa iklan diatas dalam FB Nurazah....Jadi, saya pun lawatilah blog Nurazzah8 ni. Sebenarnya, saya selalu jugak  menjenguk blog Nurazzah ni....masa tu saya tak kenal siapa Nurazah ni kerana gambar yang diletakkannya tu terlalu kecil. FBlah yang menemukan saya dengan Nurazah  dan rakan-rakannya seuniversiti dulu. Rupanya kami telah lama berkenalan...bukan di bumi Malaysia...dimana ya Nurazah....cuba cerita sikit...sekiranya anda membaca blog saya ni.

Terdapat beberapa syarat untuk menyertai GA Nurazzah, iaitu:

(i) sesiapa sahaja boleh masuk GA ni, tapi first jadilah follower blog :

Syarat ini telah saya penuhi dengan menjadi follower kepada blognya. Sebenarnya, saya tidak pernah menjadi follower kepada mana-mana blog walaupun saya suka membaca blog. Hampir setiap minggu, terdapat beberapa blog yang menjadi kegemaran saya, akan dibaca melalui bookmark yang saya letakkan dikomputer saya. Jadi, ini merupakan satu penghijrahan yang saya lakukan dalam dunia blogging saya untuk menjadi follower dalam blog-blog yang lain. Saya rasakan dengan cara ini, saya dapat mengenal ramai blogger berbanding dengan cara membaca secara senyap tanpa dikenali oleh sesiapa.

Saya mengharapkan agar Nurazah dan kawan-kawan blogger Nurazzah8 sudi menjadi follower saya juga dalam blog ini. Saya berharap agar dengan adanya follower ini akan memberikan motivasi kepada saya untuk sentiasa menulis dalam blog.

(ii) tulis entri di blog anda kenapa saya (Kak Azzah) pilih angka 8
  Syarat kedua ni sedang saya penuhi sekarang. Saya tak boleh panggil Kak Azzah...kerana saya lebih tua daripada Azzah. Diberi nama Nurazzah8 kerana Nurazzah mempunyai lapan orang anak. Lima orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Dua daripada nama anaknya sama dengan nama anak saya iaitu Anas dan Ammar. Membaca dari blognya Apa Ada Pada Nama... rasanya kami mempunyai sebab yang sama kenapa anak itu dinamakan Anas dan Ammar. Anas adalah anak sulung saya , manakala Ammar pula, anak saya yang ketiga. Saya suka melihat rakan-rakan yang mempunyai anak yang ramai.  Anak saya lima orang sahaja. Nanti..akan saya ceritakan tentang anak-anak saya dalam blog saya ni...InsyaAllah.
(iii) tinggalkan komen di bawah entri ini beritahu nama anda dan permalink entri di blog anda (komen di shout box tidak di kira)

Syarat ini akan saya lakukan sebentar lagi...silalah dilhat disini
(iv) tulis sekali di komen itu apakah buku pilihan anda sekiranya anda terpilih menjadi pemenang

Berkenaan dengan buku pilihan saya...sebenarnya semua buku-buku saya suka. Buku yang paling saya suka ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Ini merupakan buku yang lama. Saya pernah baca buku ini semasa di sekolah rendah dahulu (tahun 70an). Buku karangan Pak Hamka ini mempunyai banyak pengajaran. Walaupun telah bertahun-tahun diterbitkan, masih diulang cetak kerana mempunyai nilai yang amat tinggi. 

(v) tarikh akhir ialah 8 nov 2010
Syarat ini masih relevan. Hari ini 5 hb November 2010. Hari Jumaat, hari yang penuh berakah. Hari ini juga merupakan Hari Depavali bagi penganut beragama Hindu.


Rakan-rakan yang ingin sertai pertandingan ini..layarilah GA Nurazzah8...jangan tunggu lama-lama...nanti diambil orang.

Comments

  1. Salam Kak Bushro! oppsss...Dr Bushro! hehehe...jangan marah ya...

    Apa Khabar? Tak ku sangka K Bushro pernah jadi silent reader blog saya sebelum ini...

    dan Azzah (alamak Kak Bushro lebih kenal dgn nama Uda kan...?) sungguh rasa honoured kerana jadi FIRST Follower blog ini (ehem..ehem...ada hadiah tak jadi first follower??) ... dan entri GA Uda menjadi entri yang pertama! huhu...

    ALhamdulillah ..ada antara nama-nama anak-anak kita yang sama ya... suatu hari nanti boleh lah pergi visit Kak Bushro...Kak duduk mana ya? kena bagi alamat rumah ni...mungkin InsyaAllah suatu hari kami boleh gi terjah rumah akak ...

    ok..nnt Uda update di blog ya...tqvm sekali lagi sudi join GA Uda ini...

    ReplyDelete
  2. Salam Uda,

    Sorry, lambat reply...anyway thanks for the comments..
    Datanglah rumah kat BBBangi je...sungai merab.
    Dah ada pemenang ke belum GA Nurazzah8 tu....he he..dapat hadiah buku tu best jugakan..

    To Maryam: thanks kerana lawat Blog makcik...kirim salam ibu ye.

    ReplyDelete
  3. hehee dunia ni kecik la mkck ;) u'r welcome :) insyaAllah salam akan mrym smpaikan :) kirim salam kat hanan juga~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

27 Tahun Bahtera Mawardah wa Rahmah