Pingat Vs Pangkat
Majlis Santapan Tengahari di Istana Seri Menanti |
Salam, Selamat bertemu di tahun 2011. Agak lama juga blog ini tidak di update. Sebenarnya banyak cerita nak tulis. Tapi ..tak de mood...Rupanya menulis ni juga perlukan mood. Anyway...masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua pembaca blog saya ni. Baru 17 hari kita berada di tahun 2011..macam-macam dah berlaku.
"Tahun 2011 ni sejuk la...?" Itulah jawapan yang diberikan oleh pelajar saya apabila ditanya tentang tahun 2011. Sehingga saat ini, cuaca masih sejuk. Kain pun tak kering...alhamdulillah dah beli dryer.....
Minggu lepas saya ke Genting Highland..cuaca di sana sangat sejuk. Teringat kenangan semasa di US dan UK. Kabus hingga ke tengah hari.
Pingat vs Pangkat..disini juga saya ingin kongsikan beberapa gambar terbaharu saya di tahun 2011..yang sangat signifikan dalam hidup saya. Kenangan ini telah menyedarkan saya betapa Allah itu maha pengasih dan penyayang. Diberinya kita...kenikmatan hidup didunia...supaya kita sentiasa mengingati rumah kita yang kekal abadi di akhirat. Dalam kehidupan dunia...semua balasan material dapat kita lihat dengan mata kasar kita. Dan saya sangat mengharapkan agar pada pandangan Allah berlebih-lebih lagi hendaknya. Allah juga telah menjanjikan syurga kepada hambanya yang sentiasa mengikut ajaranNya dan menjauhi laranganNYa. Walaupun balasan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, saya percaya dan yakin sesungguhnya janji Allah itu benar.
"Maka..nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan..".wahai Bushro....Ingatlah...
Bergambar dengan suami yang menerima pingat daripada DYMM Yang Dipertuan Besar N9 |
Bersama dengan penerima pingat yang lain serta pasangan mereka |
Dihadapan istana utama |
Bersama anakda DYMM Yang Dipertuan Besar N9 |
Menu Santapan Tengahari |
Bersama suami usai majlis |
Barisan pensyarah UKM yang menerima pingat |
Comments
Post a Comment