The Grand Old Lady


Melihat tajuk di atas anda pasti teringat tugu di Muzium di Miri...Bagi saya melihat saya perkataan itu sebelum ini tidak membawa apa-apa makna. Namun selepas 10 hb Dis..segalanya berubah..this grand old lady is me...me yang dah tua....tua dalam erti melewati liku-liku hidup sebagai insan walau pun dari segi pernomboran usia tidak begitu. Saya telah melalui proses kehidupan yang sebenar dari seorang bayi, menjadi kanak-kanak, meningkat remaja secara sendirian, kemudian berkahwin, menjadi isteri, ibu, menantu dan kini menjadi nenek kepada seorang cucu. Inilah proses hidup yang lengkap dalam sebuah kehidupan dengan melalui fasa-fasa kehidupan yang lengkap. Tua lah tu...dari segi makna kehidupan.
Walau bagaimanapun, saya bersyukur kepada Allah kerana diberi kenikmatan yang begini dan berdoa semoga kami sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dariNYa sentiasa.
Tanggal 10 Disember 2010 merupakan detik yang paling bersejarah dalam hidup saya dimana cucu sulung saya telah selamat dilahirkan di Miri, Serawak. Saya sempat bersama anak saya Anas dan menantu saya Azreena dan kedua bisan saya pada pagi tersebut.
Teringat saya 24 tahun yang lalu, semasa Anas dilahirkan..Rasanya seperti baru semalam dia dilahirkan. Hari ini, anakku dah menjadi seorang bapa. "Rasa macam baru semalam kita berbasikal kesekolah...hari ni kau telah menjadi seorang bapa". Begitulah komen salah seorang sahabat sekelas anak saya dalam FBnya. Begitu pantas masa berlalu...
Disini saya paparkan beberapa keping gambar detik bersejarah dalam hidup kami.
Ayah Chu dengan Baby Adam

7 hari selepas cukur rambut

Walid sedang mengazankan baby

First look sebaik keluar dari labor room

Kedua Nenda menunggu diluar bilik dengan penuh debaran

Persiapan masuk labor room
Grand Old Lady Me








Comments

Popular posts from this blog

27 Tahun Bahtera Mawardah wa Rahmah

GA Nurazzah Mana Pulak NI...