Explorace Kenduri Kahwin

Buah tangan yang diterima
Salam....
26 hb Dis 2011...banyaknya kenduri kahwin pada tarikh ini. Kami sekeluarga mendapat lapan jemputan. Cuba anda bayangkan bagaimana kami cuba memenuhi jemputan tersebut. Memenuhi jemputan perkahwinan ni... wajib hukumnya..Seboleh mungkin kami sekeluarga akan memenuhi semua jemputan yang diterima. Kalau kami tak dapat pergi, kami akan memberitahu tuan rumah awal-awal supaya senang mereka membuat perancangan tentang makanan.
Tetapi semalam, kami menerima lapan jemputan. Sememangnya kami bercadang untuk pergi ke semua jemputan tersebut kerana setiap satu jemputan mempunyai sebab tersendiri kenapa kami tidak boleh tak pergi. Contohnya jemputan dari saudara, jemputan dari sahabat yang datang menjemput sendiri dengan tangan, ada sahabat yang menghantar dengan pos dan lain-lain. Pendek cerita..semua jemputan tersebut mengharapkan supaya kita pergi ke walimah mereka.
Jadi bagaimana Explorace ini bermula. Dua daripada jemputan tersebut datangnya dari kawasan Ampang. Jadi, kami mulakan dengan bertolak seawal jam 10.30 pagi ke Ampang melalui MRR2. Al maklum la, jem di MRR2. Sampai di Taman Melati 11.45 am...Oleh kerana ini rumah saudara...sampai awal tidak menjadi masalah kepada pihak tuan rumah. Jadi orang pangkal..kata orang N9. Jadi, dapatlah kami bersama keluarga di situ selama 45 minit. Kat sini..makan kenyang juga..sebab perut tengah lapar.
Tepat 12.30, kami bertolak ke UTM Jalan Semarak..tak jauh dari situ. Ketika sampai..pengantin juga sampai..sedang eloklah katakan..Tetamu pun mula ramai..jadi tidak perlu berlama-lama ...jam 1.00 pm kita minta diri untuk ke rumah seterusnya. Disini, kita meratah lauk dan sayur sahaja. Alhamdulillah, jalan tidak begitu sibuk, kami balik ikut Smart Tunnel, keluar di Sg Besi ke Taman Serdang Raya.Sampai di sini..tetamu telah mula ramai. Pengantin pun hampir tiba...Selain nasi, ada juga disediakan bihun/mee sup dan pecal. Jadi, saya dan anak memilih untuk makan bihun sup dan pecal sahaja. Sedap. Pengantin lelaki dari Amerika. Jadi, kami berpeluang melihat pengantin mat saleh ni..dan bila mereka bergerak masuk ke dewan , kami pun beredar ke masjid UNITEN pula. Dalam explorace ni..dari rumah no2, 3, dan 4 ini, kami sering bertemu dengan rakan-rakan yang sama. Kebetulan ketiga-tiga kenduri ini adalah sahabat lama kami. Jadi, para jemputan lebih kurang sama. Di masjid UNITEN, kebetulan pengantin lelaki sebaya dengan anak sulung saya, kami disambut oleh kedua-dua mempelai. Disini..kami makan desert sahaja. Oleh kerana, ada 4 lagi majlis yang hendak dituju, dan belum solat, kami singgah sebentar di rumah untuk solat dan mengambil seorang lagi anak saya yang tinggal dirumah.
Selepas solat, lebih kurang jam 3.00 kami meneruskan explorace ke Bandar Baru Bangi, UKM, Bangi Lama dan akhir sekali ke Dewan Sri Endon (Puspanita). Oleh kerana majlis di PJ tamat jam 5, kami sempat tiba di sana jam 4.45. Di ke4 kenduri yang berikutnya ni..kami makan nasi sikit-sikit je..bila ada lauk yang lain daripada yang lain ..kami makan nasi..misalnya di BBB ada nasi ayam dan ikan keli goreng, di Bangi Lama ada sayur tempe di PJ ada salad dan ayam goreng. Alhamdulillah, kenyang....malam tak perlu makan lagi.
Alhamdulillah, kesemua lapan kenduri dapat kami hadiri semalam. Bak kata seorang teman semalam yang dijumpai di UKM, "You all muda..bolehlah kejar semua...kami dah tua..kena pilih..tak leh gi semua".
Bayangkan berapa banyak cenderamata kami dapat semalam, yang ada digambar tu untuk satu orang, kami pergi bertiga.4 kenduri pertama dan berempat pada 4 kenduri lagi.
Saya doakan semoga semua majlis tersebut diberkati Allah dan kesemua mempelai menjadi keluarga soleh wa musleh.
Amin

Comments

Popular posts from this blog

27 Tahun Bahtera Mawardah wa Rahmah

GA Nurazzah Mana Pulak NI...