Posts
Showing posts from November, 2010
Ibadah Korban: Manisfestasi Kecintaan Total
- Get link
- X
- Other Apps
Mulai 10 hb Zuhijjah umat Islam diseluruh pelusok dunia mengadakan ibadah korban. Inilah manifestasi penyerahan diri kepada Allah bagi meraih keislaman yang total dengan mencintai Yang Maha Esa tanpa berbelah bagi. Peristiwa korban ini adalah rentetan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail. Demi kecintaan total kepada Allah, nabi Ibrahim patuh kepada perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri sebagaimana yang diceritakan dalam Surah Ash-Shaffaat ayat 102-107. "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!. Ia menjawab: Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk dalam orang-orang yang sabar". "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya" "Dan kami panggillah dia: "H
Nostalgia Menasik Haji...
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini 10 Zulhijjah.Hari raya korban di Malaysia. Tetapi, kalau kita mendengar berita di TV, jemaah haji sedang melontar di Mina. Kita menyambut hari raya sehari lewat daripada Mekah. Untuk melihat mengapa terdapat perbezaan masa antara wukuf dan raya di negara kita bolehlah membacanya disini . Haji merupakan salah satu rukun Islam yang kelima. Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah: ayat 196 yang bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” . Dan juga dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” . Melihat jutaan manusia berwukuf di Arafah mengembalikan nostalgia ibadat haji saya enam tahun yang lalu. Pada tahun 2004, alhamdulillah, saya dapat menunaikan ibadat haji bersama suami, ibu dan bapa mertua saya. Alhamdulillah, ibadat haji dapat ditunaikan dengan sempur
Nostalgia Alam Persekolahanku
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, Inilah penceritaan digital alam persekolahan saya semasa di TI. Penceritaan ini dihasilkan oleh sahabat saya Prof. Madya Check Derasid dan dipersembahkan semasa Reunion pada 7/11/2010 di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Kenangan lalu mengusik jiwa. Wahai rakan-rakanku..dimana anda jua anda berada....kenang daku dalam doamu.
Reunion SM Teknik Ipoh, Class of 81
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, Hari ini dalam sejarah...setelah hampir 30 puluh tahun berpisah...kami berjumpa semula dalam satu pertemuan yang dirancang rapi di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Lebih kurang 20 orang hadir pada perjumpaa petang tadi. Kebanyakan teman wanita yang datang adalah dari kelas Commerce iaitu Madihah, Zainon, Fariha, Manis, Sima dan Anizah dari kelas Building. Manakala kumpulan lelaki pula, ramai dari kelas Mekanikal. ALhamdulillah, semasa sesi taaruf..ramai sahabat-sahabat saya telah berjaya dalam hidup masing-masing. Semuga pertemuan ini akan mengeratkan semula tali silaturrahim yang telah terputus sekian lama..
Happy Birthday Ammar
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, Hari ini (6/11/1990) 20 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi lelaki bernama Ammar Faiz. Itulah anak saya yang ketiga. Diberi nama Ammar (pilihan saya) dan Faiz (pilihan ayahnya) dan digabungkan menjadi Ammar Faiz. Masihku ingat, dalam usia yang agak muda (26 tahun), saya telah mempunyai anak seramai tiga orang. Anakku yang pertama lahir di Alor Setar. Anak yang kedua lahir di Liverpool, UK. Manakala, anak yang ketiga ini iaitu Ammar lahir di Hospital Seremban, N9. Ammar dan Kak Ngah Pada penghujung tahun 1992, kami telah berhijrah sementara ke Liverpool, UK kerana mengikuti suami yang sedang menyambungkan pelajaran di sana. Ammar memulakan persekolahannya di St. Silas School, Liverpool. Setelah berada disana selama empat tahun, kami pulang ke Malaysia dan menetap di Bandar Baru Bangi. Ammar meneruskan persekolahan dalam darjah 1 di SRK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Kemudian menyambungkan pelajaran di SMK Jalan 3 sehingga tingkatan 3. Selepas PMR, Ammar berpindah ke MRSM
GA Nurazzah Mana Pulak NI...
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, Sebenarnya umur blog BushroLimuna ni belum sampai sehari pun lagi. Sebenarnya ini bukanlah blog saya yang pertama. Tapi sebab blog saya yang lain tu jarang dikemaskini, saya mengambil keputusan untuk membuat blog yang baru dengan semangat yang baharu. Beberapa hari lepas terjumpa iklan diatas dalam FB Nurazah....Jadi, saya pun lawatilah blog Nurazzah8 ni. Sebenarnya, saya selalu jugak menjenguk blog Nurazzah ni....masa tu saya tak kenal siapa Nurazah ni kerana gambar yang diletakkannya tu terlalu kecil. FBlah yang menemukan saya dengan Nurazah dan rakan-rakannya seuniversiti dulu. Rupanya kami telah lama berkenalan...bukan di bumi Malaysia...dimana ya Nurazah....cuba cerita sikit...sekiranya anda membaca blog saya ni. Terdapat beberapa syarat untuk menyertai GA Nurazzah, iaitu: (i) sesiapa sahaja boleh masuk GA ni, tapi first jadilah follower blog : Syarat ini telah saya penuhi dengan menjadi follower kepada blognya. Sebenarnya, saya tidak pernah menjadi follower ke
BushroLimuna: Blog Berita Gembira
- Get link
- X
- Other Apps
Salam, BushroLimuna Blog Berita Gembira Kenapa saya namakan blog ini begini? Tentu ramai yang ingin tahu kan. Saya pernah ceritakan perkara ini dalam blog saya yang lain...tapi jarang dikemas kini. Jadi, saya ceritakan sekali lagi disini. Sebenarnya BushroLimuna adalah nama timangan yang selalu dipanggil oleh mak saudara saya semasa saya kecil. Berita gembira pula adalah makna nama saya iaitu Berita Gembira yang terdapat dalam Al Quran. Harapan saya agar blog ini akan sentiasa memberi berita gembira kepada pembacanya.
BushroLimuna - Hari ini dalam sejarah
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamulaikum, Hari ini 5 hb November 2010 merupakan hari lahir blog saya yang keempat. Saya akan sentiasa mengemaskini blog ini yang akan menjadi diari dalam kehidupan saya. Blog ini bertujuan untuk menjadi tempat saya menyampaikan perasaan, hajat dan nasihat kepada diri saya, anak-anak dan pelawat ke blog saya. Selamat membaca.