The Grand Old Lady
Melihat tajuk di atas anda pasti teringat tugu di Muzium di Miri...Bagi saya melihat saya perkataan itu sebelum ini tidak membawa apa-apa makna. Namun selepas 10 hb Dis..segalanya berubah..this grand old lady is me...me yang dah tua....tua dalam erti melewati liku-liku hidup sebagai insan walau pun dari segi pernomboran usia tidak begitu. Saya telah melalui proses kehidupan yang sebenar dari seorang bayi, menjadi kanak-kanak, meningkat remaja secara sendirian, kemudian berkahwin, menjadi isteri, ibu, menantu dan kini menjadi nenek kepada seorang cucu. Inilah proses hidup yang lengkap dalam sebuah kehidupan dengan melalui fasa-fasa kehidupan yang lengkap. Tua lah tu...dari segi makna kehidupan. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kepada Allah kerana diberi kenikmatan yang begini dan berdoa semoga kami sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dariNYa sentiasa. Tanggal 10 Disember 2010 merupakan detik yang paling bersejarah dalam hidup saya dimana cucu sulung saya telah selamat di