Explorace Kenduri Kahwin
Buah tangan yang diterima Salam.... 26 hb Dis 2011...banyaknya kenduri kahwin pada tarikh ini. Kami sekeluarga mendapat lapan jemputan. Cuba anda bayangkan bagaimana kami cuba memenuhi jemputan tersebut. Memenuhi jemputan perkahwinan ni... wajib hukumnya..Seboleh mungkin kami sekeluarga akan memenuhi semua jemputan yang diterima. Kalau kami tak dapat pergi, kami akan memberitahu tuan rumah awal-awal supaya senang mereka membuat perancangan tentang makanan. Tetapi semalam, kami menerima lapan jemputan. Sememangnya kami bercadang untuk pergi ke semua jemputan tersebut kerana setiap satu jemputan mempunyai sebab tersendiri kenapa kami tidak boleh tak pergi. Contohnya jemputan dari saudara, jemputan dari sahabat yang datang menjemput sendiri dengan tangan, ada sahabat yang menghantar dengan pos dan lain-lain. Pendek cerita..semua jemputan tersebut mengharapkan supaya kita pergi ke walimah mereka. Jadi bagaimana Explorace ini bermula. Dua daripada jemputan tersebut datangnya dari kawa