The Othman's: 28 Tahun Melayari Bahtera Mawaddah
Salam, "Untie....macam mana untie buat....tengok anak-anak semua macam ni...berjaya semua.." komen salah sorang kawan anak saya di Sydney semasa saya melawat mereka dua tahun lepas. "Boleh tak cerita...apa you buat, I tengok anak-anak you semua hebat" komen rakan saya minggu lepas. Saya tidak tahu bagaimana nak menjawab apabila persoalan diatas diajukan kepada saya. Banyak lagi pertanyaan yang seumpanya ditanya kepada saya...What have I done to my children? Sedar tak sedar hari ini....sudah 28 tahun bahtera ini dilayari. Hari ini 9/9/2012 genap 28 pelayaran bahtera mawaddah ini. 28 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Pelbagai pengalaman pahit manis dilalui dengan penuh tabah. Dibajai dengan keimanan yang sentiasa dibelai supaya tidak goyah dengan hasutan duniawi. Saya cuba muhasabah diri...sebagai ibu bapa kepada lima orang anak...apakah yang telah kami buat..sehingga timbul pertanyaan begitu. Saya takut...apabila orang kata.."bestnya ten