CAT di Perth
Salam, Hampir dua minggu saya berada di Perth. Banyak perkara menarik dapat dilihat disini. Saya banyak menaiki pengangkutan awam disini. Semasa menaiki train dan bus, saya sangat tertarik dengan papan tanda didalamnya. Begitu juga dengan perhidmatan bas yang disediakan disini. Saya suka naik bas CAT. Pada mulanya puas saya memikirkan kenapa CAT....dan gambar logonya ialah big cat. Sehinggalah anak saya ternampak perkataan Central Area Transit kat hujung bas tersebut. Bas CAT ni ada tiga jenis Yellow CAT, Blue CAT dan Red CAT. Ketiga-tiga jenis bas ini melalui kawasan yang berbeza dalam bandar ini. Saya telah menaiki semua jenis bas tersebut. Oleh kerana hotel yang kami tinggal betul-betul dalam bandar Perth, agak senang untuk saya menaiki bas ini. Terutamanya kalau nak ke Habour Town.Perkhidmatannya percuma. Kalaulah Malaysia boleh buat sistem seperti ini...tentu kurang jem di KL. Sekian...Salam from Perth.