Posts

Showing posts with the label keluarga

CAT di Perth

Image
Salam, Hampir dua minggu saya berada di Perth. Banyak perkara menarik dapat dilihat disini. Saya banyak menaiki pengangkutan awam disini. Semasa menaiki train dan bus, saya sangat tertarik dengan papan tanda didalamnya. Begitu juga dengan perhidmatan bas yang disediakan disini. Saya suka naik bas CAT. Pada mulanya puas saya memikirkan kenapa CAT....dan gambar logonya ialah big cat. Sehinggalah anak saya ternampak perkataan Central Area Transit kat hujung bas tersebut. Bas CAT ni ada tiga jenis Yellow CAT, Blue CAT dan Red CAT. Ketiga-tiga jenis bas ini melalui kawasan yang berbeza dalam bandar ini. Saya telah menaiki semua jenis bas tersebut. Oleh kerana hotel yang kami tinggal betul-betul dalam bandar Perth, agak senang untuk saya menaiki bas ini. Terutamanya kalau nak ke Habour Town.Perkhidmatannya percuma. Kalaulah Malaysia boleh buat sistem seperti ini...tentu kurang jem di KL. Sekian...Salam from Perth.

27 Tahun Bahtera Mawardah wa Rahmah

Image
9 September 1985 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya. Tarikh inilah saya diijab kabul dengan suami tercinta Othman bin A-Karim di sebuah tanah asing bernama Toledo Ohio. Benarlah firman Allah dalam surah Ar Rum ayat 21 yang bermaksud “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. Perjalanan bahtera kami selama 27 tahun ini telah melahirkan tiga orang putra dan 2 orang puteri secara “berselang bunga”. Pada 25 September 1986, anak sulung lelaki yang dinamakan Anas dilahirkan. Nama ini dipilih sempena nama sahabat Rasulullah, Anas ibn Malik. Anas dilahirkan di Alor Setar, Kedah ti...

Cuti Oh Cuti

Image
Salam, Sudah lama saya tak update blog ni....Bukan tak ingat ..selalu ingat nak update tapi ....susah nak tulis alasan disini sebab banyak sangat alasan kalau nak ditulis. Anyway..untuk kali saya akan menceritakan tentang cuti. Sebagai pensyarah di IPG, cuti kami adalah seperti cuti sekolah. Cuma, pada cuti semester kedua kami diberi tambahan 1 minggu lagi cuti tambahan. Ini bermakna kami mendapat 3 minggu cuti pada semester ini. Sedihnya..saya belum lagi mendapat cuti yang sebenarnya. Kenapa? Pada minggu pertama cuti, saya masih sebok menyiapkan kerja-kerja seperti menanda kertas peperiksaan dan mengajar KDC. Pada minggu kedua pula, saya dikehendaki menghadiri Bengkel selama 4 hari di Hotel Summit USJ. Manakala, pada minggu ketiga pula saya dikehendaki menghadiri satu lagi bengkel yang lain di Hotel Empress, Sepang. Minggu hadapan semester baharu bermula. Selain daripada menguruskan pendaftaran pelajar baharu, saya juga dikehendaki menghadiri satu lagi mensyuarat di MElaka dan Pu...