Posts

Showing posts with the label cuti

Cuti Oh Cuti

Image
Salam, Sudah lama saya tak update blog ni....Bukan tak ingat ..selalu ingat nak update tapi ....susah nak tulis alasan disini sebab banyak sangat alasan kalau nak ditulis. Anyway..untuk kali saya akan menceritakan tentang cuti. Sebagai pensyarah di IPG, cuti kami adalah seperti cuti sekolah. Cuma, pada cuti semester kedua kami diberi tambahan 1 minggu lagi cuti tambahan. Ini bermakna kami mendapat 3 minggu cuti pada semester ini. Sedihnya..saya belum lagi mendapat cuti yang sebenarnya. Kenapa? Pada minggu pertama cuti, saya masih sebok menyiapkan kerja-kerja seperti menanda kertas peperiksaan dan mengajar KDC. Pada minggu kedua pula, saya dikehendaki menghadiri Bengkel selama 4 hari di Hotel Summit USJ. Manakala, pada minggu ketiga pula saya dikehendaki menghadiri satu lagi bengkel yang lain di Hotel Empress, Sepang. Minggu hadapan semester baharu bermula. Selain daripada menguruskan pendaftaran pelajar baharu, saya juga dikehendaki menghadiri satu lagi mensyuarat di MElaka dan Pu...

Explorace Kenduri Kahwin

Image
Buah tangan yang diterima Salam.... 26 hb Dis 2011...banyaknya kenduri kahwin pada tarikh ini. Kami sekeluarga mendapat lapan jemputan. Cuba anda bayangkan bagaimana kami cuba memenuhi jemputan tersebut. Memenuhi jemputan perkahwinan ni... wajib hukumnya..Seboleh mungkin kami sekeluarga akan memenuhi semua jemputan yang diterima. Kalau kami tak dapat pergi, kami akan memberitahu tuan rumah awal-awal supaya senang mereka membuat perancangan tentang makanan. Tetapi semalam, kami menerima lapan jemputan. Sememangnya kami bercadang untuk pergi ke semua jemputan tersebut kerana setiap satu jemputan mempunyai sebab tersendiri kenapa kami tidak boleh tak pergi. Contohnya jemputan dari saudara, jemputan dari sahabat yang datang menjemput sendiri dengan tangan, ada sahabat yang menghantar dengan pos dan lain-lain. Pendek cerita..semua jemputan tersebut mengharapkan supaya kita pergi ke walimah mereka. Jadi bagaimana Explorace ini bermula. Dua daripada jemputan tersebut datangnya dari kawa...